Tuesday, September 29, 2009

Gilir Ketua Menteri: DAPSY bidas Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang?

29 Sept, Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang secara giliran antara tiga parti yang kini menguasai negeri itu. Pada pandangan saya, Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang sudah sedar akan kepentingan orang Melayu di Pulau Pinang hari ini semakin tergugat dan disisihkan apabila Ketua Menteri pilihan mereka Lim Guan En. Kemungkinan YB Mohd Yusmadi cuba untuk memastikan akan ada orang melayu yang memerintah negeri Pulau Pinang, maka hak ketuanan orang melayu akan dikembalikan. Ini mungkin adalah percubaan yang murni untuk YB lakukan, tetapi percubaan anda sudah terlambat. DAP tidak akan sesekali memberi peluang kepada orang melayu untuk membela nasib mereka di Pulau Pinang. Sekadar buah fikiran..

Monday, September 28, 2009

Kebebasan bersuara pakatan?

Pakatan rakyat(PR) baru tahu bahawa langit itu tinggi atau rendah apabila kebebasan bersuara yang mereka perjuangkan selama ini diuji. Perkara ini diuji apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali(Ahli dalam Pakatan Rakyat),mengkritik secara terbuka Pelaksanaan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan(Selcat). Namun begitu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh menerima kritikan terbuka ini dan mahu Datuk Dr Hassan Ali undur diri daripada Pakatan Rakyat.Persoalan pertama saya, kenapa Pakatan rakyat perlu meminta Datuk Dr Hassan Ali mengundur diri apabila tidak bersetuju terhadap sesuatu perkara? Adakah ahli parti dalam pakatan rakyat tidak boleh untuk tidak bersetuju terhadap sesuatu perkara? Jadi dimanakah kebebasan bersuara yang diperjuangkan? sedangkan ahli Pakatan Rakyat(PR) sendiri tidak boleh bersuara?

Sewaktu dalam pilihan raya umum ke-12 dahulu Pakatan Rakyat(PR) sering memperjuangkan kebebasan bersuara. Dan kerajaan Barisan Nasional menyekat kebebesan bersuara. Tapi lihat sekarang, kerajaan Barisan Nasional(BN) yang diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Razak lebih mengamalkan dan memperjuang kebebesan bersuara, sebarang perkara boleh di kritik secara terbuka, asalkan tidak mengancam keselamatan dalam negeri dan perpaduan kaum.

Tetapi, dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor telah menunjukkan bahawa janji-janji hak kebebasan bersuara mereka hanyalah kosmetik sahaja. Ini terbukti dengan beberapa gesaan pemimpin besar Pakatan Rakyat(PR) untuk menyingkirkan ahli Pakatan Rakyat(PR), Datuk Dr Hassan Ali daripada pakatan itu,apabila mengkritik perkara yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.Gesaan ini seolah-olah menyekat hak kebebasan bersuara, yang dahulunya menjadi janji pakatan itu kepada rakyat.